Looking for collaboration for your next project? Do not hesitate to contact us to say hello.
PDPA Notice
Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
1) Perlindungan dan Penggunaan Akta Peribadi
Eastern Pretech (Malaysia) Sdn Bhd, anak-anak syarikat masing-masing, syarikat-syarikat berkaitan, syarikat-syarikat bersekutu dan entiti-entiti usahasama (secara kolektif dirujuk sebagai “EPMSB”)* menghargai data peribadi anda dan berusaha untuk melindungi data peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia. Notis Perlindungan Data Peribadi ini dikeluarkan oleh kami menurut keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta tersebut”) kepada semua pelanggan kami atau individu lain dimana data yang dikumpulkan oleh kami, oleh sebab, atau bersampingan dengan, penyediaan apa-apa perkhidmatan kepada pelanggan kami.Untuk mengelakkan keraguan, sila ambil perhatian bahawa Notis ini terpakai hanya jika anda seorang individu dan sekiranya berlaku apa-apa percanggahan antara versi bahasa ini dan Notis dalam Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Semasa anda berurusan dengan EPMSB, kami akan mengumpul pelbagai data peribadi anda termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, alamat, jantina, butir-butir hubungan, alamat e-mel, kewarganegaraan, latar belakang pendidikan, pekerjaan, maklumat organisasi dan jawatan dalam organisasi, profil kredit dan maklumat-maklumat anda lain yang dianggap perlu.
EPMSB akan mengumpul Data Peribadi secara langsung daripada kamu atau secara tidak langsung daripada pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada konsultan bebas, agensi pengawalseliaan dan penguatkuasaan dan institusi kewangan.
EPMSB akan menggunakan dan memproses Data Peribadi anda bagi tujuan yang berkaitan dengan perniagaan dan aktiviti-aktiviti kami yang termasuk tetapi tidak terhad kepada:-
(a) untuk keperluan pengurusan hubungan pelanggan;
(b) untuk memaklumkan anda perkhidmatan-perkhidmatan atau produk-produk kami melalui pos, telefon, e-mel, sms atau komunikasi lain;
(c) untuk menghantar notis melalui e-mel, surat atau sms;
(d) untuk memberi anda maklumat terkini tentang pengumuman produk terkini dan acara yang akan datang EPMSB;
(e) untuk mengingatkan anda untuk melakukan transaksi-transaksi yang diperlukan selaras dengan perjanjian-perjanjian dan/atau kontrak berhubungan dengan produk-produk EPMSB;
(f) untuk membolehkan EPMSB perkhidmatan pelanggan dan/atau kerja-kerja rektifikasi;
(g) untuk tujuan pentadbiran dalaman seperti pengauditan, analisis data, penyimpanan rekod dan kajian untuk menambahbaik produk-produk, perkhidmatan dan komunikasi pelanggan EPMSB; dan
(h) untuk tujuan lain yang diperlukan dan dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan-peraturan, garis panduan, amalan komersial dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan.
2) Pengumpulan Data Bukan Peribadi
Dimana EPMSB mengumpul maklumat melalui laman web kami, kami mengumpul data bukan peribadi tertentu mengenai penggunaan laman web yang tidak boleh mengenal pasti anda secara automatik termasuk tetapi tidak terhad kepada alamat Protokol Internet komputer anda, alamat Protokol Internet pembekal perkhidmatan internet anda, tarikh dan masa akses anda kepada laman web, sistem operasi yang digunakan anda, seksyen laman web yang dikunjungi anda, kandungan yang anda muat turun dari laman web dan alamat internet laman web di mana anda dihubungi secara terus ke laman web EPMSB. EPMSB mungkin akan menggunakan data bukan peribadi untuk membuat laporan maklumat mengenai demografi pengguna laman web dan corak trafik laman web. Tiada laporan maklumat tersebut yang dapat dikaitkan dengan identiti anda.
3) Pautan kepada Laman-laman Web Pihak-pihak Ketiga
Laman web EPMSB mungkin mengandungi pautan kepada laman web yang dikendali dan dimiliki oleh pihak-pihak ketiga yang bukan di bawah kawalan kami.Laman-laman web itu mungkin mempunyai polisi-polisi sendiri berkenaan dengan Perlindungan Data Peribadi dan oleh itu EPMSB tidak akan bertanggungjawab terhadap pengumpulan, penggunaan, penyelenggaran, perkongsian dan pendedahan data dan maklumat oleh pihak-pihak ketiga tersebut. Jika kamu membekalkan maklumat secara langsung kepada web-web tersebut, Polisi Perlindungan Data Peribadi dan terma-terma perkhidmatan web-web tersebut adalah berkuatkuasa dan EPMSB tidak bertanggungjawab atas amalan pemprosesan maklumat atau polisi privasi laman-laman web tersebut.
4) Cookies
Cookies pada laman web EPMSB mungkin digunakan untuk membolehkan anda menentukan pilihan individu anda dan untuk membantu EPMSB menyediakan pengalaman yang lebih baik bagi anda. Cookies tertentu mungkin akan mengumpul Data Peribadi anda. Cookies merupakan fail-fail teks kecil di mana satu laman web boleh memasang pada komputer atau peranti mudah alih apabila anda melawat sesuatu laman web untuk pertama kali dan ini membantu laman web tersebut mengenal pasti peranti anda, mengingati nama pengguna anda dan pilihan anda. Jikalau pelayar web anda mempunyai pilihan, anda boleh memilih untuk menerima atau menolak cookies. Namun, sila ambil perhatian bahawa keupayaan anda untuk mengakses ciri-ciri tertentu atau penggunaan kemudahan pada laman web EPMSB mungkin akan terjejas jikalau anda memilih untuk menolak cookies.
5) Kegunaan khas laman web
Jikalau anda bukan pelanggan EPMSB, tetapi anda telah menghantar pertanyaan melalui laman web EPMSB, EPMSB mungkin akan memproses Data Peribadi anda bagi tujuan-tujuan berikut:
(a) membalas pertanyaan anda;
(b)penyimpanan rekod dalaman dan untuk tujuan pentadbiran;
(c) perkembangan dan penambahbaikan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan EPMSB;
(d) untuk memaklumkan anda tentang produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan kami dan memberikan anda pengumuman tentang produk terkini dan acara yang akan datang EPMSB; dan
(e) untuk tujuan-tujuan lain yang diperlukan atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan-peraturan, garis panduan, amalan komersial dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan,
6) Penyimpanan dan Penggunaan Data Peribadi
EPMSB menyimpan Data Peribadi anda sama ada dalam bentuk salinan cetak atau secara digital di dalam server kami yang terletak di Malaysia. Kawalan dan akses kepada Data Peribadi anda adalah diurus secara persendirian oleh EPMSB. EPMSB hanya akan mengekalkan Data Peribadi anda bagi tempoh yang diperlukan untuk memenuhi pelbagai tujuan-tujuan yang disebutkan dalam Notis ini kecuali jika tempoh pengekalan yang lebih lama dibernarkan atau dikehendaki oleh undang-undang.
Data Peribadi anda yang dibekalkan kepada EPMSB akan disimpan secara sulit. EPMSB mengambil langkah-langkah yang diperlukan, sama ada dari segi pentadbiran mahupun teknikal, untuk melindungi Data Peribadi anda daripada kehilangan, kecurian, kesalahgunaan dan akses tanpa kebenaran, pendedahan, penggunaan, penyilihan atau kemusnahan. EPMSB akan memastikan akses kepada Akta Peribadi anda terhad kepada pekerja yang perlu sahaja untuk memproses Data Peribadi anda menurut keperluan kerja masing-masing. Sebagai sebahagian daripada pembekalan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami kepada anda dan bagi tujuan perniagaan kami, kami mungkin/ perlu untuk mendedahkan maklumat mengenai Data Peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada penasihat professional kami, termasuk penasihat-penasihat undang-undang kami dan konsultant-konsultant pakar , pihak-pihak berkuasa kerajaan, perkhidmatan pihak ketiga atau pembekal-pembekal dalam atau luar negara, badan akreditasi berkenaan seperti Institusi Kejuruteraan Malaysia, perunding-perunding bebas, syarikat insurans dan pihak-pihak lain yang diperlukan.
7) Hak Akses, Pemindaan dan Penolakan
EPMSB menghormati hak anda kepada Data Peribadi anda dan hak pembetulan Data Peribadi anda yang tidak tepat, lengkap, mengelirukan atau tidak terkini. Namun, EPMSB mempunyai hak untuk mengenakan bayaran munasabah terhadap anda untuk pemprosesan akses data atau menangguhkan permohonan anda sementara menunggu maklumat lanjut daripada anda. Anda juga boleh meminda Data Peribadi anda atau menarik balik persetujuan untuk memproses Data Peribadi pada bila-bila masa.
8) Pegawai Pematuhan
Jikalau anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Notis ini atau jikalau anda mempunyai apa persoalan mengenai cara Data Peribadi anda dikumpul atau dikendalikan oleh EPMSB atau jika anda berhasrat untuk memohon akses kepada Data Peribadi anda atau jika anda berhasrat meminda Data Peribadi anda atau anda ingin menarik balik kebenaran anda yang diberikan kepada EPMSB untuk memproses Data Peribadi anda atau untuk pemindahan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak lain, anda boleh menghantar permintaan anda secara bertulis kepada / menghubungi Pegawai Pematuhan di pdpa.enquiry@epmsb.com.my.
9) Perubahan kepada Notis
EPMSB berhak untuk meminda Notis ini dari semasa ke semasa untuk memaparkan perubahan dari segi undang-undang serta keperluan regulasi, kemajuan teknologi dan amalan komersial yang terbaik tanpa notifikasi bertulis selanjutnya tetapi apa jua pindaan akan dimaklumkan melalui laman web kami. Anda dinasihati untuk memeriksa Notis di laman web kami dari semasa ke semasa.
10) Obligasi-obligasi di bawah undang-undnag
EPMSB hanya akan menggunakan Data Peribadi anda dengan persetujuan anda. Semasa memproses Data Peribadi anda, EPMSB adalah tertakluk kepada kod, amalan, piawaian dan peraturan-peraturan yang diterima dalam industri.
12) Persetujuan anda
Dengan menggunakan laman web ini dan/atau menghantar Data Peribadi kepada EPMSB, anda dengan ini bersetuju dengan terma-terma Notis ini dan bersetuju kepada pengumpulan, penggunaan dan penyimpanan maklumat anda seperti yang diterangkan dalam Notis ini. Jika anda tidak bersetuju dengan terma-terma Notis ini, sila jangan menggunakan laman web ini atau membekalkan mana-mana Data Peribadi anda kepada EPMSB.
*Subsidiari-subsidiari dan syarikat bersekutu EPMSB termasuk yang berikut:-
(i) EPM Infratech Sdn. Bhd. (No. Syarikat: 200101005992/541748-W) (ii) Parmarine Malaysia Sdn Bhd (No. Syarikat: 201801026533 / 1288556-U)